Pemulauan Friendly Games

Beberapa negara tidak sependapat dengan kerajaan British yang pernah menjajah negara mereka. Lantaran itu Sukan Komanwel telah dipulaukan. Nigeria memulaukan Sukan Komanwel 1976 kerana New Zealand menyokong dasar apartheid di Afrika Selatan. Selain itu, 32 negara dari 59 negara dari benua Afrika, Asia dan kepulauan Caribbean memulaukan Sukan Komanwel 1986 kerana Perdana Menteri Britain , Margaret Thather menyokong dasar Apartheid di Afrika Selatan. Pemulauan juga terjadi pada tahun 1974, 1982 dan 1990 kerana isu Afrika Selatan.